PENGUMUMAN

PERNIAGAAN

business money bag icon

BERITA TERKINI

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39
  • 40
  • 41
  • 42
  • 43
  • 44
  • 45
  • 46
  • 47
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51

Permohonan Permit Bahan Batuan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Penerangan ringkas

Bahan batu bermaksud apa-apa batuan, batu, marmar, kelikir, pasir, tanah bumi, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cenkerang atau tahi kelawar di dalam atau di atas mana- mana tanah dan termasuk juga apa-apa bata, granit, batu kapur, simen atau lain-lain barangan yang dikilang darinya

Seksyen 5 KTN

Pemohon yang layak:

Permohonan boleh dibuat oleh orang-orang atau badan-badan seperti berikut :-

  • Orang perseorangan berumur 18 tahun ke atas
  • Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah
  • Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Peruntukan- Peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsuler, 1957
  • Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Seksyen 43 KTN

Tanah yang boleh dikeluarkan permit:

  • Tanah Kerajaan.
  • Tanah Milik (Geran).
  • Tanah Lombong.
  • Tanah Rizab.

Seksyen 70 KTN

Permohonan dibuat:

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang dan dokumen seperti berikut :-

  • Borang Permit Bahan Batu
  • Pelan kawasan yang dipohon (8 salinan).
  • Sijil Carian Rasmi bagi tanah milik (geran).
  • Surat kebenaran Akuan Berkanun pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik tanah
BAYARAN
Bayaran   Permohonan RM 50
Kerja-kerja   Memperenggan Kawasan RM 150 bagi satu hektar atau kurang   (setiap tambahan satu hektar atau sebahagian daripadanya RM 40)

Permohonan perlu dikemukakan:

Permohonan boleh dikemukakan ke Pejabat Tanah mengikut kawasan yang dipohon. Kuasa melulus Pentadbir Tanah kecuali tanah-tanah rizab sungai / tasek / laut oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Seksyen 13 & 70 KTN

Kadar bayaran pemindahan bahan batu:

Tanah Merah RM 2.00 setiap meter padu
Pasir   RM 3.00setiap meter padu
Batu RM 3.00setiap meter padu
Buku   Doket RM 3.50 satu buku

Bayaran wang pertaruhan (deposit):

  • Bayaran wang pertaruhan ( deposit ) adalah mengikut kadar yang ditentukan oleh Pentadbir Tanah.
  • Perkara yang perlu dilakukan selepas permohonan diluluskan:- ---> Menjelaskan segala bayaran yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan dan mendapatkan resit bayaran---> Menandatangani surat akuan mematuhi syarat permit---> Mengemukakan 4 salinan pelan kawasan yang telah diperenggan. ---> Mengambil Permit 4C. ---> Mengambil doket.

Bahan batu boleh dikeluarkan:

Bahan batu boleh dikeluarkan mengikut tarikh yang ditetapkan dalam permit.

Syarat-syarat yang dikenakan:

Syarat-syarat yang lazim digunakan ialah seperti berikut:-

  • Setiap pemandu lori yang membawa bahan batu dari kawasan yang diluluskan hendaklah membawa sekeping doket yang mencatat jumlah bahan batu yang dibawa, tarikh, masa, jenis bahan batu dan tempat yang hendak dipindahkan.
  • Setiap doket yang dikeluarkan hendaklah disediakan dengan sempurna dan kertas karbon dua muka mesti digunakan
  • Kenderaan / lori yang digunakan hendaklah mengisi muatan sepertimana yang ditulis pada doket. Muatan tersebut pula mesti sama paras dengan dinding lori dan penggunaan papan tambahan adalah TIDAK DIBENAR sama sekali. Had muatan juga mesti      selaras dengan yang dibenarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia.
  • Pemandu lori dikehendaki memberhentikan lori sekiranya pemeriksaan dan sekatan dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian Negeri / Pejabat Tanah.
  • Lori hendaklah ditutup dengan kanvas dan mempastikan jalan yang dilalui tidak kotor dan mengancam keselamatan orang ramai.
  • Sebarang kerosakan harta awam yang bersabit dengan pemindahan bahan batu adalah menjadi tanggungjawab pada pemegang permit. Jika gagal mengatasinya maka wang pertaruhan boleh dirampas
  • Pemindahan bahan batu tidak dibenarkan pada hari Ahad dan hari Kelepasan Am. KECUALI pada hari Sabtu pertama dan ketiga bulan berkenaan atau mendapat kebenaran khas daripada Pentadbir Tanah.
  • Kerja-kerja pemindahan bahan batu hanya dibenarkan antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja.
  • Pemegang permit adalah dikehendaki menyelenggarakan rekod harian pemindahan di tempat pengambilan bahan batu dan mengemukakan rekod tersebut untuk pemeriksaan oleh Pengarah Tanah satu salinan rekod harian sepertimana yang dinyatakan di para ( i ) di atas dan penyata bulanan bahan batu diambil tiap-tiap bulan tidak lewat daripada 4 haribulan yang berikutnya atau pada tarikh permohonan semula yang mana lebih awal. ( Bagi pemindahan bahan batu yang diluluskan kurang dari tempoh satu bulan, penyata harian sahaja diperlukan ).
  • Pengambilan bahan batu hendaklah dari kawasan yang diberi kebenaran sahaja.
  • Pentadbir Tanah boleh mengenakan syarat-syarat tambahan dari masa ke semasa jika perlu.

Tindakan yang dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran syarat:

Permit boleh dibatalkan dan wang pertaruhan serta doket boleh dirampas. 

Permit boleh ditamatkan sekiranya:

  • Pemegang permit  meninggal dunia.
  • Badan atau syarikat dibubarkan.

Permit boleh dibatalkan sekiranya:

Permit boleh dibatalkan apabila kawasan berkenaan diperlukan atas kepentingan kerajaan. 

Tindakan yang dikenakan sekiranya bahan batu dikeluar dan dipindahkan tanpa permit:

  • Denda tidak melebihi RM 10,000.00; atau
  • Penjara untuk satu tempoh tidak melebihi satu tahun; atau kedua-duanya sekali

Seksyen 426 (1) KTN

Seksyen 97 & 100 KTN

Scan QR KOD

qrcodepdtp

Pautan

suk21malaysia pngmscmygoverment png

mampu1jpa pnghrmis pnggov

jkptg2ptgbpa3kdh mdp footer logo

Pelawat

056399
Hari IniHari Ini50
SemalamSemalam76
Minggu IniMinggu Ini102
Bulan IniBulan Ini1213
KeseluruhanKeseluruhan56399

Media

iconmedia 

 Video | Audio 


       

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan kadar cukai sewa tanah yang baru?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: