Panduan Bayaran Cukai Tanah

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Penerangan ringkas

Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilik (Geran). Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari hingga 31 Mei tahun semasa. Jika cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat.

Tempat bayaran cukai tanah: 
 
Di mana-mana kaunter hasil Pejabat Tanah Daerah atau  secara online melalui  talian internet di www.ptgkedah.gov.my
Cara bayaran: 
 
Bayaran boleh dibuat secara tunai, Bank Draf, Wang Pos atau Kiriman Wang berpalang atas nama Pentadbir Tanah. Bayaran juga boleh dibuat melalui pos mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa. Selain itu,pembayaran seraca online iaitu melalui portal rasmi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah.

Bil cukai tanah:

Penghantaran Bil cukai tanah kepada pemilik tanah adalah untuk memberi kemudahan dan peringatan sahaja. Walau bagaimanapun pemilik tanah yang tidak menerima bil cukai tanah boleh mendapatkannya di Bahagian Hasil Pejabat Tanah yang berkenaan dengan mengemukakan butir-butir berikut:-

  • Resit lama hakmilik
  • Nombor Hakmilik, Jenis hakmilik (cth: HSD, GRN), Mukim/Bandar/Pekan
  • Kad Pengenalan Pemilik (MyKad)

Semasa Pembayaran:

Sediakan wang secukupnya.

 

Selepas Pembayaran:
 
Perlu menyemak beberapa perkara berikut :
  • Pastikan ada cetakan berkomputer di atas resit.
  • Pastikan amaun yang dibayar sama dengan amaun yang tercatat di atas resit bayaran
  • Catatan berkomputer di atas resit sama dengan maklumat di atas bil cukai tanah.
Pembayaran tunggakan cukai tanah:
 
Pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk membayar secara ansuran. Bayaran ansuran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tahun semasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kegagalan mematuhi jadual bayaran yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan perampasan diambil.

Tindakan jika gagal membayar cukai tanah:
 
Pemilik tanah yang tidak membayar tunggakan cukai tanah akan diberi peringatan untuk tempoh tertentu yang ditetapkan melalui surat pentadbiran. Jika masih engkar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis 6A dan diberi tempoh 3 bulan untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah. Jika pemilik tanah masih engkar menjelaskan tunggakan cukai tanah pada akhir tempoh tiga bulan seperti yang dinyatakan di dalam Notis 6A, Pentadbir Tanah boleh mengisytiharkan dengan perintah, tanah itu dirampas dan menjadi hak Kerajaan Negeri.
Seksyen 97 & 100 KTN

Scan QR KOD

qrcodepdtp

Pautan

suk21malaysia pngmscmygoverment png

mampu1jpa pnghrmis pnggov

jkptg2ptgbpa3kdh mdp footer logo

Pelawat

056399
Hari IniHari Ini50
SemalamSemalam76
Minggu IniMinggu Ini102
Bulan IniBulan Ini1213
KeseluruhanKeseluruhan56399

Media

iconmedia 

 Video | Audio 


       

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan kadar cukai sewa tanah yang baru?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: