Panduan Pengambilan Tanah

Written by Super User. Posted in Uncategorised

APA HAK ANDA KALAU TANAH ANDA DIAMBIL BALIK OLEH KERAJAAN?
 
PANDUAN  MENGENAI HAK PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ORANG YANG BERKEPENTINGAN  SEPERTI DIPERUNTUKAN DI BAWAH AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
MAKLUMAT ASAS AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI
  Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak pemilikan harta.  Perlucutan hak pemilikan harta hanya boleh dilakukan mengikut  undang-undang dan dengan membayar pampasan yang mencukupi. Akta  Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa  Negeri (PBN) boleh mengambil tanah yang dikehendaki : 
• Bagi mana-mana maksud awam ;
• Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada  pandangan PBN memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau  mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang awam amnya atau  mana-mana kumpulan orang awam : atau 
• Bagi maksud  perlombongan, atau bagi maksud-maksud kediaman, pertanian, perdagangan  dan perindustrian atau maksud rekreasi atau kombinasi mana-mana maksud  tersebut.

KEPERLUAN PENGAMBILAN TANAH 
Kerajaan  terpaksa mengambil tanah milik kerana tanah Kerajaan adalah terhad dan  mungkin tidak sesuai dari segi saiz dan lokasi yang diperlukan untuk  projek pembangunan atau infranstruktur. Proses pengambilan tanah juga  dapat mengatasi masalah pindahmilik dan halangan-halangan perundangan  yang mengambil masa yang lama sekiranya tanah itu diperolehi melalui  proses pembelian terus.

TANAH YANG BOLEH DIAMBIL 
• Tanah milik, melainkan tanah milik Kerajaan Persekutuan.
• Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat; dan 
• Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik 
SIAPA YANG BOLEH MEMOHON PENGAMBILAN TANAH 
• Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;
• Jabatan Negeri;
• Badan Berkanun Persekutuan;
• Badan Berkanun Negeri;
• Perbadanan, Syarikat : atau
• Orang Perseorangan PROSES PENGAMBILAN TANAH 
  Setelah permohonan pengambilan tanah diluluskan oleh PBN, Pengarah  Tanah Dan Galian (PTG) akan membuat pemberitahuan atau pengisytiharan  dalam warta Kerajaan Negeri. Jika sekiranya warta pemberitahuan dibawah  Seksyen 4 dibuat, Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan notis awam awam  mempamerkannya di tempat-tempat tertentu iaitu di Pejabat Tanah,  dipapan kenyataan awam di Mukim atau Pekan di mana tanah terletak dan di  atas atau berhampiran dengan tanah. PERANAN PENTADBIR TANAH
• Memproses pengambilan tanah mengikut peruntukan dibawah APT 1960;
• Menjalankan siasatan (enquiry) menentukan amaun pampasan yang akan dibayar kepada orang yang     berkepentingan ;
• Mengambil milik tanah; dan
• Menguruskan pengeluaran hakmilik untuk kawasan yang diambil dan hakmilik sambungan untuk kawasan baki lot. 
TUJUAN SIASATAN (ENQUIRY)
Untuk :
• Mendengar
• Menentukan nilaian tanah yang hendak diambil
• Menentukan amaun pampasan;
• Menentukan kepentingan tiap-tiap orang yang membuat tuntutan ; dan  Mendengar bantahan, jika ada oleh pihak yang berkepentingan mengenai  keluasan tanah yang hendak diambil.

SIAPA YANG PERLU HADIR SEMASA SIASATAN 
• Tuan punya tanah berdaftar atau wakil;
• Pihak berkepentingan berdaftar atau wakil; dan 
• Agensi yang memohon pengambilan atau wakil 
Dengan syarat wakil hendaklah dilantik secara bertulis.

BAGAIMANA AMAUN PAMPASAN DITENTUKAN 
  Amaun pampasan adalah diasaskan kepada harga pasaran tanah pada tarikh  warta dibawah Seksyen 4 atau dibawah Seksyen 8 APT 1960 dengan mengambil  kira prinsip penilaian yang ditetapkan di dalam Jadual Pertama Akta  Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486).

HAK DAN TANGGUNGJAWAB ORANG BERKEPENTINGAN 
• Hadir semasa siasatan;
• Membuat tuntutan pampasan ; dan 
• Membuat bantahan mengenai keluasan tanah yang hendak diambil dan membuat bantahan ke Mahkamah.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DIBANTAH KE MAHKAMAH
• Keluasan yang diambil;
• Amaun pampasan yang dibayar;
• Orang yang kepadanya pampasan dibayar; dan 
• Kadar pembahagian pampasaan.

PROSEDUR MEMBUAT BANTAHAN KE MAHKAMAH 
• Kemukakan bantahan dengan mengisi borang N kepada Pentadbir Tanah; 
• Membayar deposit seperti yang dikehendaki oleh Pentadbir Tanah; dan 
• Kemukakan Borang N dalam tempoh 6 minggu dari tarikh award bertulis  Pentadbir Tanah dalam Borang G (jika hadir semasa perintah dibuat) atau 6  minggu dari tarikh terima notis tawaran Borang H atau 6 bulan dari  tarikh award Borang G yang mana dahulu luput ( jika tidak hadir semasa  perintah ). 
Pihak yang membuat bantahan hendaklah mendapat khidmat penilai semasa kes dibicarakan ke Mahkamah. PAMPASAN BAGI TUANPUNYA TANAH YANG MENINGGAL DUNIA DAN MENDEPOSIT PAMPASAN KE MAHKAMAH. 
  Bagi kes di mana tuanpunya tanah berdaftar telah meninggal dunia, tanpa  wasiat atau pembahagian pesaka belum selesai, Pentadbir Tanah akan  membayar pampasan kepada Amanah Raya Berhad (ARB). Selepas tawaran  pampas an Borang H dikeluarkan dan semasa bayaran dibuat tiada orang  yang layak (competent) boleh menerimanya atau orang berkepentingan  enggan menerima atau terdapat pertelingkahan hak untuk menerimanya,  Pentadbir Tanah akan mendepositkan wang pampasan iaitu ke Mahkamah.
 
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELUARKAN PAMPASAN
Dari Mahkamah Tinggi :
• Pentadbir Tanah mengemukakan affidavit kepada Pendaftar Mahkamah ;
• Mahkamah akan menyediakan cek pampasan. 
Dari Amanah Raya Berhad;
• Waris mengemukakan perintah pembahagian pusaka kecil atau surat kuasa mentadbir kepada Pengurus Amanah Raya Berhad;
• Amanah Raya Berhad akan menyediakan cek pampasan. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI PEMOHON 
• Mendapatkan kelulusan projek dan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk membiayai pampasan;
• Pemilihan tapak projek yang sesuai ;
• Penyediaan pelan pengambilan tanah yang lengkap dan mencukupi serta  mendapat kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Daerah di mana tanah itu  terletak;
• Mengemukakan permohonan pengambilan tanah sekurang-kurangnya setahun sebelum pelaksanaan projek;
• Menandakan kawasan yang terlibat dengan pengambilan tanah apabila diminta berbuat demikian oleh Pentadbir Tanah;
• Hadir atau diwakili semasa siasatan pengambilan tanah; 
• Memberi keterangan semasa siasatan termasuk akujanji untuk membiayai kos accommodation works; 
• Menjelaskan bayaran pampasan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Borang H diserahkan bagi mengelakkan bayaran denda lewat;
• Mengemukakan bantahan, jika ada, kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh 6  minggu dari tarikh penerimaan Borang H dalam kes di mana jumlah award  bagi sesuatu lot tanah melebihi RM15,000.00;
• Menjelaskan bayaran pampasan seperti diperintahkan oleh Mahkamah.
• Mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah;
• Menjaga dan mengawal tanah yang diambil daripada pencerobohan sebelum projek dilaksanakan dan mengutip hasil, jika ada.

PENGAMBILAN TANAH DIBAWAH SEKSYEN 3(1) (b) ATAU (c) APT 1960
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang I (Kaedah Pengambilan Tanah) dan disertakan dokumen-dokumen berikut : 
• Kertas cadangan projek;
• Pelan tatatur dan pelan pengambilan tanah;
• Laporan awal penilaian tanah oleh JPPH; dan 
• Bank draft bayaran fee dan 50% daripada deposit.
  Mmohon berunding dengan tuanpunya tanah berdaftar jika diarahkan oleh  Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) / Jawatankuasa Khas Pengambilan  Tanah (JKPT) bagi kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
Pemohon mengemukakan laporan perundingan kepada UPEN/JKPT.
Pemohon mengemukakan kepada Pentadbir Tanah mengenai penerimaan terma-terma dan syarat-syarat kelulusan PBN. 
Pemohon membayar 75% daripada deposit.
Pengambilan tanah diwartakan di bawah Seksyen 8 APT 1960. 
  Proses pengambilan tanah selepas diwartakan di bawah Seksyen 8 adalah  sama seperti proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(a) APT 1960. 

BORANG-BORANG DI DALAM APT 1960 
Borang A - Notis Bahawa Tanah Berkemungkinan Akan Diambil.
Borang B - Kebenaran Untuk Masuk Mengukur.
Borang C - Jadual Tanah-Tanah Yang Terlibat Oleh Pengambilan.
Borang D - Pengisytiharan Pengambilan Yang Dicadangkan.
Borang E - Pengambilan Yang Dicadangkan Notis Siasatan. 
Borang F - Notis Mengkehendaki Keterangan Secara Bertulis.
Borang G - Award Pampasan Bertulis.
Borang H - Notis Award Dan Tawaran Pampasan.
Borang I - Surat Perakuan Segera.
Borang J - Notis Mengosongkan Bangunan.
Borang K - Notis Bahawa Tanah Telah Diambilmilik.
Borang L - Notis Untuk Mengemukakan Dokumen/ Dokumen-Dokumen.
Borang N - Permohonan Supaya Bantahan Dirujuk Kepada Mahkamah. 
Borang O - Rujukan Kepada Mahkamah.
Borang P - Notis (Dikeluarkan Oleh Pendaftar Mahkamah).
Borang Q - Notis Pendudukan Atau Penggunaan Sementara Tanah.

KAEDAH PENGAMBILAN TANAH
Borang 1 - Permohonan Bagi Pengambilan Tanah 
Di Bawah Perenggan 3(1)(b)/(c) APT 1960.
Borang 2 - Notis Untuk Mengkehendaki Deposit Tambahan.
Borang 3 - Notis Rundingan.
Borang 4 - Notis Kepada Jawatankuasa.
Borang 5 - Notis Kelulusan. 
Borang 6 - Notis Penolakan.
Borang 7 - Notis Pelucuthakkan Deposit.
Borang 8 - Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Scan QR KOD

qrcodepdtp

Pautan

suk21malaysia pngmscmygoverment png

mampu1jpa pnghrmis pnggov

jkptg2ptgbpa3kdh mdp footer logo

Pelawat

056399
Hari IniHari Ini50
SemalamSemalam76
Minggu IniMinggu Ini102
Bulan IniBulan Ini1213
KeseluruhanKeseluruhan56399

Media

iconmedia 

 Video | Audio 


       

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan kadar cukai sewa tanah yang baru?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: