Almarhum Tuanku Abdul Halim selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

12tuanku

ALOR SETAR 12 September - Jenazah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar di sini petang ini.

Jenazah baginda selamat dimakamkan dengan penuh adat istiadat kira-kira pukul 5.15 petang.

Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada kerabat diraja dan rakyat jelata hadir pada upacara pemakaman itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.

Jenazah baginda dibawa masuk ke kawasan makam menggunakan pedati khas, pukul 4 petang.

Turut mengiringi jenazah ialah Sultanah Hajah Haminah Hamidun dan Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29.

Bacaan talkin dilakukan oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang manakala bacaan tahlil diketuai Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim.

Terdahulu, jenazah Almarhum yang dibawa menaiki pedati khas sejauh kira-kira 11 kilometer (km) dari Istana Anak Bukit ke lokasi pemakaman di Makam Diraja Langgar, di sini.

Jenazah Tuanku kemudian diarak di sepanjang Lebuhraya Darulaman, sebelum melalui Jalan Tun Razak dan Jalan Langgar, di sini, menuju ke Makam Diraja Langgar.

Ditemani empat pawai (kerabat) di sebelah kiri dan kanan, pedati membawa jenazah yang bergerak meninggalkan Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang itu, turut dinaiki empat pembawa payung dan tiga pembawa bintang.

Turut berarak mengiringi pedati jenazah ialah pedati nobat membawa barisan 13 alim ulama diketuai Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim dan Syeikh Fadzil.

Turut berada di atas pedati nobat ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Kedua-dua pedati didahului pembawa cogan alam dan cogan agama, serta 44 pembawa tunggul, serta masing-masing 12 pembawa tombak, lembing dan pedang serta lapan pembawa bintang.

Sebelum itu, di perkarangan Istana Anak Bukit, rombongan pedati turut melalui kawalan kehormat diraja membabitkan tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) yang berpangkalan di Kem Tok Jalai di Jitra, dekat sini.

Pada masa sama sebanyak 89 das tembakan istiadat meriam menyamai usia Almarhum dilepaskan 41 Bateri Artileri Istiadat Rejimen Artileri Diraja yang berpangkalan di Kem Sungai Buloh di Selangor, sebagai simbolik mengiringi pemergian baginda untuk istiadat pemakaman.

Semalam, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diputerakan pada 28 November 1927 mangkat di Istana Anak Bukit pukul 2.30 petang.

Pengumuman kemangkatan dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, melalui sidang akhbar khas petang semalam dengan tujuh hari tempoh berkabung ditetapkan di Kedah, di mana semua keraian, perayaan dan sambutan dibatalkan.

Bendera Kedah di semua bangunan Persekutuan, negeri dan milik awam di negeri ini juga perlu dikibarkan separuh tiang sepanjang tiga hari bermula semalam.

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah satu-satunya Raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua kali.

Kali pertama selaku Yang di-Pertuan Agong ke-5 pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016.

Oleh : Sharilfuddin Saari

Sumber : Utusan

Scan QR KOD

qrcodepdtp

Pautan

suk21malaysia pngmscmygoverment png

mampu1jpa pnghrmis pnggov

jkptg2ptgbpa3kdh mdp footer logo

Pelawat

060178
Hari IniHari Ini48
SemalamSemalam72
Minggu IniMinggu Ini236
Bulan IniBulan Ini882
KeseluruhanKeseluruhan60178

Media

iconmedia 

 Video | Audio 


       

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan kadar cukai sewa tanah yang baru?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: