Cukai/Hasil Tanah

Written by Super User. Posted in Uncategorised

1.Apakah cukai tanah?

Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.(KTN Sek.5) Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

2. Berapakah tempoh masa untuk membayar cukai tanah?

Cukai dikehendaki dijelaskan diantara 1hb. Januari hingga 31hb. Mei setiap tahun. Mulai 1hb Jun kesemua cukai tersebut dijadikan Tunggakan dan Denda Lewat akan dikenakan mengikut kadar tertentu.

3. Apa akan terjadi jika Hasil/Cukai dan Tunggakan tidak di bayar ?

Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan menghantar notis 6A kepada tuan tanah supaya membayar cukai dan tunggakan dalam tempoh 3 bulan. Bayaran notis 6A sebanyak RM 5.00 setiap pemilik akan dikenakan.(KTN Sek 97).

4. Saya tidak menerima bil cukai tanah. Bagaimana saya hendak membayar cukai tanah?

Anda masih perlu membayar cukai tanah walaupun tidak menerima bil cukai tanah. Tanggungjawab ini digariskan dalam seksyen 93, Kanun Tanah Negara

Jika anda masih tidak menerima bil selepas minggu ketiga bulan Januari, sila hubungi kami di Unit Hasil dan kami akan mengirimkan bil yang baru secepat mungkin. Ataupun anda boleh datang sendiri ke Pejabat Tanah Pendang untuk mendapatkan salinan bil cukai tanah anda. Ataupun anda boleh lawati laman web ptgkedah iaitu  www.ptgkedah.gov.my

5. Bagaimana jika saya telah berpindah atau bertukar alamat?

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklumkan kepada kami tentang sebarang pertukaran alamat. Tangggungjawab ini digariskan dalam Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965. Cara paling mudah, catatkan nama, no.kad pengenalan, alamat baru, berserta no.telefon di belakang bil cukai tanah dan hantarkan terus kepada kami.

Maklumat ini boleh membantu kami menghantar semula bil cukai tanah di  alamat yang betul dan memudahkan anda jika ada sebarang urusan lain di pejabat ini.

6. Bagaimana saya boleh membayar cukai tanah ?

Anda boleh membayar cukai tanah di kaunter hasil pejabat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri Kedah, Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta di mana-mana pejabat tanah daerah di Negeri Kedah. Anda juga boleh membayar secara online melalui laman Web ptgkedah iaitu www.ptgkedah.gov.my

Scan QR KOD

qrcodepdtp

Pautan

suk21malaysia pngmscmygoverment png

mampu1jpa pnghrmis pnggov

jkptg2ptgbpa3kdh mdp footer logo

Pelawat

056399
Hari IniHari Ini50
SemalamSemalam76
Minggu IniMinggu Ini102
Bulan IniBulan Ini1213
KeseluruhanKeseluruhan56399

Media

iconmedia 

 Video | Audio 


       

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan kadar cukai sewa tanah yang baru?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: